Tuesday, April 28, 2009

Cerita ceriti BABI

""Hikmah Pengharaman Babi..."
Ditengah-tengah kekalutan dan kebimbangan yg kini sedang melanda dunia termasuklah negara kita akibat dari VIRUS BABI yg telah meragut korban sebanyak 130 nyawa manusia(setakat artikel ini ditulis) di Mexico...
ingin sekali lagi saya meminta laluan dengan mengirimkan secebis cerita untuk renungan bersama..Hikmah Pengharaman BabiKejadian ini berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?"Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahasia."Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."
artikel ini diambil dari
http://apadianie.blogspot.com"

ASW 2020

JOHOR BAHRU 27 April – Sebanyak 980 juta unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) atau 49 peratus daripada dua bilion unit yang diperuntukkan telah habis dilanggan dalam tempoh tiga jam 50 minit.Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, 49 peratus unit yang habis dilanggan itu adalah bagi bukan bumiputera, manakala unit untuk bumiputera masih lagi dijual.Begitulah setiap kali Unit Amanah Saham yang diperuntukkan kepada kaum Bukan Bumioputra akan habis dilanggan. Tetapi bagi kouta untuk Bumiputra belum tentu lagi ianya akan habis dilanggan. Bagi kaum bukan Melayu setentunya kekuatan ekonomi dan kemampuan kewangan mereka memang tidak boleh dipertikaikan lagi..... tetapi bagaimana untuk bumiputra?... jika tiada kouta yang diperuntukan nescaya keadaan akan semakin parah untuk mereka. Mereka akan tertinggal dan terus tertinggal... dan terus bersengketa dengan isu yang remeh temeh. Fokus untuk membangunkan bangsa sendiri bukanlah agenda utama tetapi agenda untuk mendapatkan kebobrokan kuasa walaupun terpaksa menjual maruah bangsa dan agama.Bumiputra semakin terhakis kuasa dan hak mereka..... akibat kerakusan pemimpin mereka... bersatu tiada berpecah boleh...

Monday, April 13, 2009

Terkandas Di Perairan Tioman

Perjalanan pulang dari Mesyuarat Jawatankuasa kerja Acara Sultan Ahmad Shah Tioman International ECO Challenge & TAT Sanctuary 2009 di Pulau Tioman meninggalkan kenangan indah dan pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan bersama pengamal media negeri pahang kerana terkandas di perairan laut Cina Selatan setelah bot yang dinaiki mengalami kerosakan pada enjinya walupun dibaiki tetapi rosak juga akhirnya,..

dan hampir 5 jam berada dilautan akhirnya kesemua yang ada terpaksa menyerah dengan berbaring di atas lantai kapal kerana tidak tahan dengan lambungan ombak yang menghempas kapal.

Tuesday, April 7, 2009

Friday, April 3, 2009

TAHNIAH DATUK SERI NAJIB



Hari ini Malaysia, sebuah negara Islam yang makmur dengan khazanah alam semulajadinya telah dianugerahkan kemuliaan oleh Allah s.w.t dengan pelantikkan Perdana Menteri yang keenam. Orang yang bertuah tersebut adalah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wednesday, April 1, 2009

Apabila Hati Berpenyakit

Sabda Rasullah S.a.w
Maksudnya: Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh). (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Benarlah apabila disebut itu hati adalah sebagai raja. Ia memproses apa sahaja kemahuan manusia samada yang buruk ataupun baik. Hatilah yang menjadi nakhoda badan kerana ia bisa sahaja membawa manusia ke barat, timur, selatan ataupun utara. Jika hati membawa ke jalan yang lurus, maka luruslah keseluruhan hidup kita, namun jika hati membawa kita ke jalan yang bengkok dan sesat, maka jadilah kita orang yang bengkok dan sesat.Terlalu banyak kerosakan kepada manusia pada hari ini adalah berpunca daripada hati yang telah rosak. Hati yang rosak ini menyebabkan manusia hilang punca. Lebih terdorong kepada perkara-perkara maksiat dan haram. Apa yang dilarang oleh Pencipta, itulah yang menjadi kesukaan dan dorongan kepada hati untuk melanggarnya. Justeru itu, hati perlu dibersihkan dengan bersungguh-sungguh supaya kita tidak terjerumus ke jerangkap samar yang disediakan musuh manusia yang nyata iaitu syaitan.Membersihkan hati bukanlah semudah yang disangka. Hati yang sudah dipenuhi dengan segala hasad dengki, khianat, sombong, takabur, riak dan sebagainya perlu ditarbiah dan dididik secara berterusan. Lambat untuk mengubati hati, ia akan menjadi mati. Seterusnya ia akan melahirkan manusia yang hilang pedoman, menurut kata nafsu dan hati. Seterusnya diri menjadi seronok dan terus menerus melakukan maksiat dan kejahatan tanpa langsung sedikit rasa bersalah.Walaupun fizikal kelihatan gagah, kaya, senang dan mantap tetapi hakikatnya diri sentiasa terasa kosong, tidak tenang, tiada kebahagiaan kerana telah dijangkiti oleh kuman mazmumah. Justeru memilih sahabat yang baik, pemimpin yang baik, guru yang baik dan makanan yang baik adalah terlalu penting. Kerana segala nya berpunca dari hati. Apabila manusia menurut kata nafsu maka akan lahirlah perbuatan yang keji.nauzubillah ... kearah itu dan minta dijauhkan

Pesan Tok Guru


ingat sokmo hok tok guru pesen
nak kali ambo nok turun
jale jange lupo ke tuhe....
kito ore isle tok leh tinggal semaye
ingat sokmo hok tok guru pese
walau jauh dok tepat ore
jange lupo kampung lame
worih waroh dikelate
tok leh sombong ngan ore
pesan tok guru ambo tok terlupo
pesan tok guru ingat pah bilo bilo
pesan turun pulok ghoyat wi ko anok ambo
kito harto takdop, pesane jadi sako
ingat sokmo hok tok guru pese
kito susoh jange tupe ore
tok soh pinje berute
kalu der banyok ute
kito payoh nok seney
hok tok guru pese hari hari
panda panda jago diri sendiri
baloh cekoh jange cari
tepat susoh jange
dok giore kenak keno lari
maso kito kayo rama lah saim sobat
der takdop gapo
sekaro kucip pon tok dok dekat
maso sene lego rama lah kaum kerabat
ingat lagi hok tok guru
kato hati-hati dale wak kiro bicaro
lidoh maruah kito hati ore keno jago
tok baik ngumpat ngato
hok tok guru pese hari hari
kito kenal diri sendiri
mano asal kito mari
pah mano kito nok gi
baik baik jago diri