Monday, June 22, 2009

Cerita Manek Urai ...............Poster TGNA bernilai Tinggi

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi. Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.Sumber: Haprakdaily.
Inilah sebabnya Islam mengharamkan potret, gambar atau lukisan Rasullullah S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan gambar-gambar berkenaan dipuja dan diagung-agungkan. Alim-alim ulama di dalam Pas hendaklah membetulkan konsep pemujaan ini. Kalau seorang imam boleh berkata sedemikian, kalau betul, bagaimana agaknya rakyat marhaen yang lain. Janganlah sampai Rukun Iman dan Islam kita tidak tinggal tetapi masuk neraka kerana mensyirikkan Allah. Nauzubillah himinzalik.

Umno & Pas Saling Bermaafan

Nik Aziz kata minta UMNO minta maaf atas peritiwa 40 tahun lalu... dia kata bukan mudah untuk melupakan kisah silam... Itulah yang Islam minta jika kita buat salah maka mohonlah ampun dan kemaafan.Tapi bagaimana pula PASm adakah PAS akan juga mohon maaf kepada UMNO, jika istilah buat silap digunakan Nik Aziz, kesilapan mengkafirkan UMNO, kesilapan berlakunya dua imam, kesilapan fitnah, kesilapan demonstrasi jalanan, kesilapan mengaitkan najib dengan Attantuya, kesilapan umpat, keji dan sebagainya.mmmmmm.... jikalau gunakan formula nik aziz ni aman malaysia.
Maklumlah manusia manakan terlepas dari sebarang kesilapan...inikan pula kita .........

Friday, May 29, 2009

Mogok lapar lah pulok

Kata Mufti Perlis, haram dan menyerupai amalan agama lain! Dr. Juanda menegaskan, umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan agama Buddha dan Hindu. Kata beliau, jika seseorang penganut Islam meninggal dunia ketika sedang melakukan mogok lapar, dia dikhuatiri mati dalam keadaan tidak beriman. “Jesteru saya ingatkan para penganut Islam, jangan membudayakan mogok lapar kerana ia jelas berbea dengan amalan puasa yakni ibadat yang dituntut,” tegasnya. Beliau mengulas rancangan pakatan pembangkang mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula Selasa ini, selepas tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah . Kata Dr. Juanda, selain amalan mogok lapar beliau juga khuatir dengan aktiviti berhimpun sambil menyalakan dan mengarak lilin yang berleluasa di negara ini. “Jika ia dilakukan oleh orang Kristian tidak mengapa kerana memang ada amalan sebegitu dalam agama mereka. “Tetapi suka diingatkan, orang Islam dilarang meniru amalan agama lain yang memudaratkan diri, menimbulkan fitnah kepada pihak lain dan melanggar undang-undang,” katanya. Sementara itu, Mufti Johor pula menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara. Kata Mohd Tahrir, jika sesuatu mogok lapar berjaya dilangsungkan, ia mungkin menjadi permulaan kepada fitnah-fitnah lain pada masa akan datang. “Orang Islam sama sekali diharamkan terlibat dalam mogok ini walaupun bertujuan memberi sokongan. Ini kerana umat Islam wajib menjaga nyawa sendiri. “Jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, ia harus diselesaikan melalui rundingan atau perundangan,” katanya. Dari kenyataan dua mufti ini, janganlah hendaknya penyokong-penyokong Pas dan PKR, khususnya yang beragama Islam menyerang dengan kata-kata hina kepada kedua-dua mufti ini seperti mana mereka pernah menyerang Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria kerana mengeluarkan pendapat yang mereka anggap tidak menyokong mereka. Setakat ini ulama Pas belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hasrat DAP mahu mengadakan mogok lapar ini, lebih-lebih lagi, Datuk Seri Mohamad Nizar diundang untuk merasmikan perlancaran mogok lapar ini. Biasanya, ulama Pas, asalkan perkara-perkara ini menguntungkan mereka, mereka akan kata ‘boleh’ kerana Pas yang selama ini mengatakan Islam menjadi pegangan mereka, merupakan ‘parti politik’ juga. Kata-kata ulama mereka boleh berubah-ubah mengikut masa dan keadaan, asalkan menguntungkan mereka. Dulu, Umno dikatakan kafir kerana berkawan dengan bukan Islam tetapi sekarang mereka sudah tidak menggunakan senjata serupa untuk menyerang Umno kerana mereka juga sudah berkawan dengan bukan Islam dalam mencari undi dan kemenangan dalam pilihan raya. Memetik tulisan Zamzuri Damanhuri; BIASALAH. Kalau DAP mahu mengadakan mogok lapar, ia memang budaya mereka. Budaya yang tidak sesuai dengan masyarakat Melayu di Malaysia. Dalam Islam, kita diajar berpuasa dan doa orang yang berpuasa, insyaAllah akan dimakbulkan Allah. Tetapi kalau DAP memilih untuk mogok lapar, khabarnya, mogok lapar mereka boleh minum susu dan minum air, kalau dahaga dan terasa lapar, biarlah mereka melakukannya. Ini sahajalah yang boleh mereka lakukan setelah mereka tahu, proses undang-undang memang jelas adil tetapi tidak menyebelahi mereka. Kalau proses undang-undang menyebelahi mereka, mereka tidak jadi mogok lapar. Kalau undang-undang menyebelahi mereka, mereka tidak berkabung memakai pakaian serba hitam, macam orang Cina berkabung kerana keluarganya mati. Pakatan Pembangkang yang diketuai Nga Kor Ming memberitahu akan mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula 26 Mei ini untuk menyampaikan mesej agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan. Di mana mereka mengadakan sidang akhbar? Di Wisma DAP. Di mana letaknya Wisma DAP? Bersententang dengan Pejabat Menteri Besar Perak. Kenapa Wisma DAP terletak di situ? Kerana mereka bercita-cita menjadikan Wisma DAP sebagai pejabat Menteri Besar DAP, selepas DAP tidak diperkenankan Tuanku Sultan Perak menjadi MB Perak selepas PRU 12, Mac 2008 yang lalu. Cuba kita bertanya dengan DAP, Pas dan PKR di Perak. Jika selepas diadakan pilihan raya semula, keputusannya nanti ‘status quo’ tidak ada bezanya dari jumlah kerusi yang diterima sebelum ini, adakah mereka mahu DUN Perak dibubarkan lagi? Misalannya, keputusan kali kedua dibubarkan, begitu juga keputusannya, adakah DUN Perak akan dibubarkan semula, sehingga DAP menang 100 peratus kerusi di DUN Perak? Kalau perkiraan DAP kurang cerdik, janganlah PKR dan PAS juga mengikut apa sahaja kehendak DAP. Tidak ada suara langsung PAS dan PKR dalam bab DUN Perak dibubarkan ini. Mengikut sahaja! Mogok lapar itu khabarnya akan dirasmikan Mohamad Nizar Jamaluddin dan V. Sivakumar. Kenapa dua orang sekali merasmikannya? Tentulah kerana DAP tahu Mohamad Nizar tidak ada kuasa apa-apa ketika menjadi Menteri Besar, manakala V. Sivakumar adalah ‘hero Tamil’ yang baru menerima oskar pelakon terbaik dalam drama panjang Persidangan DUN Perak, 7 Mei lalu.

Tuesday, April 28, 2009

Cerita ceriti BABI

""Hikmah Pengharaman Babi..."
Ditengah-tengah kekalutan dan kebimbangan yg kini sedang melanda dunia termasuklah negara kita akibat dari VIRUS BABI yg telah meragut korban sebanyak 130 nyawa manusia(setakat artikel ini ditulis) di Mexico...
ingin sekali lagi saya meminta laluan dengan mengirimkan secebis cerita untuk renungan bersama..Hikmah Pengharaman BabiKejadian ini berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram, kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada. Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi. Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteri dan mikroba lainnya.?"Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina. Mengetahui hal itu, mereka bertanya, "Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahasia."Mereka memenuhi apa yang beliau pinta. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh 'ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."
artikel ini diambil dari
http://apadianie.blogspot.com"

ASW 2020

JOHOR BAHRU 27 April – Sebanyak 980 juta unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) atau 49 peratus daripada dua bilion unit yang diperuntukkan telah habis dilanggan dalam tempoh tiga jam 50 minit.Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, 49 peratus unit yang habis dilanggan itu adalah bagi bukan bumiputera, manakala unit untuk bumiputera masih lagi dijual.Begitulah setiap kali Unit Amanah Saham yang diperuntukkan kepada kaum Bukan Bumioputra akan habis dilanggan. Tetapi bagi kouta untuk Bumiputra belum tentu lagi ianya akan habis dilanggan. Bagi kaum bukan Melayu setentunya kekuatan ekonomi dan kemampuan kewangan mereka memang tidak boleh dipertikaikan lagi..... tetapi bagaimana untuk bumiputra?... jika tiada kouta yang diperuntukan nescaya keadaan akan semakin parah untuk mereka. Mereka akan tertinggal dan terus tertinggal... dan terus bersengketa dengan isu yang remeh temeh. Fokus untuk membangunkan bangsa sendiri bukanlah agenda utama tetapi agenda untuk mendapatkan kebobrokan kuasa walaupun terpaksa menjual maruah bangsa dan agama.Bumiputra semakin terhakis kuasa dan hak mereka..... akibat kerakusan pemimpin mereka... bersatu tiada berpecah boleh...

Monday, April 13, 2009

Terkandas Di Perairan Tioman

Perjalanan pulang dari Mesyuarat Jawatankuasa kerja Acara Sultan Ahmad Shah Tioman International ECO Challenge & TAT Sanctuary 2009 di Pulau Tioman meninggalkan kenangan indah dan pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan bersama pengamal media negeri pahang kerana terkandas di perairan laut Cina Selatan setelah bot yang dinaiki mengalami kerosakan pada enjinya walupun dibaiki tetapi rosak juga akhirnya,..

dan hampir 5 jam berada dilautan akhirnya kesemua yang ada terpaksa menyerah dengan berbaring di atas lantai kapal kerana tidak tahan dengan lambungan ombak yang menghempas kapal.

Tuesday, April 7, 2009