Monday, June 22, 2009

Cerita Manek Urai ...............Poster TGNA bernilai Tinggi

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi. Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.Sumber: Haprakdaily.
Inilah sebabnya Islam mengharamkan potret, gambar atau lukisan Rasullullah S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan gambar-gambar berkenaan dipuja dan diagung-agungkan. Alim-alim ulama di dalam Pas hendaklah membetulkan konsep pemujaan ini. Kalau seorang imam boleh berkata sedemikian, kalau betul, bagaimana agaknya rakyat marhaen yang lain. Janganlah sampai Rukun Iman dan Islam kita tidak tinggal tetapi masuk neraka kerana mensyirikkan Allah. Nauzubillah himinzalik.

Umno & Pas Saling Bermaafan

Nik Aziz kata minta UMNO minta maaf atas peritiwa 40 tahun lalu... dia kata bukan mudah untuk melupakan kisah silam... Itulah yang Islam minta jika kita buat salah maka mohonlah ampun dan kemaafan.Tapi bagaimana pula PASm adakah PAS akan juga mohon maaf kepada UMNO, jika istilah buat silap digunakan Nik Aziz, kesilapan mengkafirkan UMNO, kesilapan berlakunya dua imam, kesilapan fitnah, kesilapan demonstrasi jalanan, kesilapan mengaitkan najib dengan Attantuya, kesilapan umpat, keji dan sebagainya.mmmmmm.... jikalau gunakan formula nik aziz ni aman malaysia.
Maklumlah manusia manakan terlepas dari sebarang kesilapan...inikan pula kita .........