Monday, June 22, 2009

Cerita Manek Urai ...............Poster TGNA bernilai Tinggi

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi. Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.Sumber: Haprakdaily.
Inilah sebabnya Islam mengharamkan potret, gambar atau lukisan Rasullullah S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan gambar-gambar berkenaan dipuja dan diagung-agungkan. Alim-alim ulama di dalam Pas hendaklah membetulkan konsep pemujaan ini. Kalau seorang imam boleh berkata sedemikian, kalau betul, bagaimana agaknya rakyat marhaen yang lain. Janganlah sampai Rukun Iman dan Islam kita tidak tinggal tetapi masuk neraka kerana mensyirikkan Allah. Nauzubillah himinzalik.

1 comment:

  1. Hai,takkan sampai macam tu taasub kat Nik Ajis kot.Mesti imam tu pakai kitan Nik Ajis bukan al Quran dan Hadis Nabi.. betul kan....

    ReplyDelete